Jenis manusia didoa Malaikat PERCAYA kepada malaikat adalah antara rukun iman. Ada malaikat yang ditugaskan berdoa kepada makhluk manusia dan sudah tentu seseorang yang didoakan malaikat mendapat keistimewaan. Dalam hidup, kita sangat memerlukan bantuan rohani dalam menghadapi ujian yang kian mencabar. Bantuan dan sokongan malaikat sangat diperlukan.Kali ini penulis ingin menyenaraikan antara jenis manusia yang akan menerima doa malaikat. Ketika itulah sewaktu kita menghadapi masalah, kerumitan, keperluan dan bimbingan, bukan saja kita perlukan kekuatan doa dari lidah, tetapi juga sokongan malaikat.
Antara orang yang mendapat doa malaikat ialah:
1. Orang yang tidur dalam keadaan bersuci.
Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: "Sesiapa yang tidur dalam keadaan suci, malaikat akan bersamanya di dalam pakaiannya. Dia tidak akan bangun hingga malaikat berdoa: "Ya Allah, ampunilah hamba-Mu si fulan kerana tidur dalam keadaan suci."
2. Orang yang sedang duduk menunggu waktu solat.
Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya: "Tidaklah salah seorang antara kalian yang duduk menunggu solat, selama ia berada dalam keadaan suci, kecuali kalangan malaikat akan mendoakannya: 'Ya Allah, ampunilah ia. Ya Allah sayangilah ia.'"
3. Orang yang berada di saf depan solat berjemaah.
Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: "Sesungguhnya Allah dan kalangan malaikat-Nya berselawat ke atas (orang) yang berada pada saf depan."
4. Orang yang menyambung saf pada solat berjemaah (tidak membiarkan kekosongan di dalam saf).
Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: "Sesungguhnya Allah dan kalangan malaikat selalu berselawat kepada orang yang menyambung saf."
5. Kalangan malaikat mengucapkan 'amin' ketika seorang imam selesai membaca al-Fatihah.
Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya: "Jika seorang imam membaca...(ayat terakhir al-Fatihah sehingga selesai), ucapkanlah oleh kamu 'aamiin' kerana sesiapa yang ucapannya itu bertepatan dengan ucapan malaikat, dia akan diampuni dosanya yang lalu."
6. Orang yang duduk di tempat solatnya selepas melakukan solat.
Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: "Kalangan malaikat akan selalu berselawat kepada satu antara kalian selama ia ada di dalam tempat solat, di mana ia melakukan solat."
7. Orang yang melakukan solat Subuh dan Asar secara berjemaah.
Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya: "Kalangan malaikat berkumpul pada saat solat Subuh lalu malaikat (yang menyertai hamba) pada malam hari (yang sudah bertugas malam hari hingga Subuh) naik (ke langit) dan malaikat pada siang hari tetap tinggal.
"Kemudian mereka berkumpul lagi pada waktu solat Asar dan malaikat yang ditugaskan pada siang hari (hingga solat Asar) naik (ke langit) sedangkan malaikat yang bertugas pada malam hari tetap tinggal lalu Allah bertanya kepada mereka: "Bagaimana kalian meninggalkan hamba-Ku?"
Mereka menjawab: 'Kami datang sedangkan mereka sedang melakukan solat dan kami tinggalkan mereka sedangkan mereka sedang melakukan solat, ampunilah mereka pada hari kiamat.'"
8. Orang yang mendoakan saudaranya tanpa pengetahuan orang yang didoakan.
Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: "Doa seorang Muslim untuk saudaranya yang dilakukan tanpa pengetahuan orang yang didoakannya adalah doa yang akan dikabulkan. Pada kepalanya ada seorang malaikat yang menjadi wakil baginya, setiap kali dia berdoa untuk saudaranya dengan sebuah kebaikan, malaikat itu berkata 'aamiin dan engkau pun mendapatkan apa yang ia dapatkan.'"
9. Orang yang membelanjakan harta (infak).
Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: "Tidak satu hari pun di mana pagi harinya seorang hamba ada padanya kecuali dua malaikat turun kepadanya, satu antara kedua-duanya berkata: 'Ya Allah, berikanlah ganti bagi orang yang berinfak...' "
10. Orang yang sedang makan sahur.
Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya: "Sesungguhnya Allah dan kalangan malaikat-Nya berselawat kepada orang yang sedang makan sahur."
11. Orang yang sedang menjenguk (melawat) orang sakit.
Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: "Tidaklah seorang mukmin menjenguk saudaranya kecuali Allah akan mengutus 70,000 malaikat untuknya yang akan berselawat kepadanya di waktu siang hingga petang dan di waktu malam hingga Subuh."
Itulah antara mereka yang mendapat doa malaikat. WAllahu'alam. Semoga kita termasuk dan tersenarai sama. InsyaAllah
Rabu, 30 Jun 2010
Jumaat, 25 Jun 2010
Selasa, 22 Jun 2010
SIHIR / PUKAU / SANTAU
(PERISAI KEBAL MENGHADAPI ILMU HITAM)
ANGKARA SIHIR DAN KESANNYA
Sihir adalah perbuatan yang berkaitan dengan jin yang menyebabkan perubahan secara mendadak tanpa diketahui sebabnya.
Sihir juga merupakan perantaraan di antara tukang sihir dan syaitan yang mensyaratkan si tukang sihir tersebut agar melakukan perbuatan haram dan syirik di samping menyerahkan segala ketaatan kepadanya demi memperolehi bantuan dan pertolongan yang dihajatkan.
Terdapat pelbagai jenis sihir yang terjadi dalam masyarakat kita, antaranya seperti berikut:
1. SIHIR PEMISAH
Takrif dan pengertiannya:
-Memutuskan hubungan anak dan ibu.
-Memutuskan hubungan anak dan ayah.
-Memutuskan hubungan seseorang dengan saudaranya.
-Memutuskan hubungan seseorang dengan kawannya.
-Memutuskan hubungan antara dua rakan kongsi.
-Memisahkan antara suami dan isterinya.
Tanda-tanda sihir pemisah:
-Perubahan secara tiba-tiba dari sayang menjadi benci.
-Berlaku keraguan melampau antara suami isteri.
-Enggan memohon maaf.
-Membesar-besarkan perselisihan yang kecil.
-Suami melihat isterinya berwajah hodoh dan sebaliknya.
-Benci kepada setiap perbuatan yang dilakukan oleh pasangan.
2. ILMU GUNA-GUNA
Sihir ini juga dikenali sebagai Ilmu Pengasih atau Pemikat.
Tanda-tanda:
-Asamara cinta yang keterlaluan.
-Berubah secara spontan dari benci kepada suka.
-Cenderung melakukan hubungan seksual.
-Sukar mengawal cinta.
-Rindu bayang yang berlebihan.
-Patuh secara membuta tuli tanpa dapat dikawal.
-Mimpi bersetubuh dengan orang yang menyihirnya.
Menjadi tumpuan orang ramai walaupun tidak seberapa (kedai).
Sebab-sebab:
-Timbulnya berbagai-bagai perselisihan antara suami isteri.
-Mencuba dan ingin tahu.
-Perasaan cemburu, cemas jika suaminya akan berkahwin lagi.
-Melakukan aniaya terhadap wanita yang pernah menghampanya.
-Melariskan peniagaan.
-Mendapatkan pengikut.
Kesan-kesannya:
-Adakalanya seorang suami akan menanggung sakit dalam jangka masa yang lama.
-Adakalanya kesan daripada sihir itu tersasar atau tersalah tuju sehingga suami membenci isterinya. Ini akibat daripada sesetegah tukang sihir yang tidak mahir menggunakan sihir tersebut.
-Adakalanya seorang isteri mengenakan sihir beberapa kali supaya suaminya hanya sayang kepadanya sehingga menyebabkan suami membenci ibu, saudara mara perempuan dan semua wanita yang ada hubungan kekeluargaan.
SIHIR YANG DIHALALKAN
-Berhias dan mencantikkan diri di hadapan suami. Menjaga supaya suaminya tidak melihat sesuatu yang buruk darinya, tidak mencium bau yang tidak enak, selalu senyum manis, berkata baik, lembut, menjaga harta suami, menjaga anak-anak dengan kasih sayang, mentaatinya selagi tidak menyuruh perkara maksiat kepada Allah.
3. SIHIR MEMPERDAYAKAN PANDANGAN (SILAP MATA)
Tukang sihir membawa sesuatu, kemudian mengucapkan jampi-unsur syiriknya dan azimat-azimat kekufuran lalu meminta bantuan syaitan sehingga orang ramai melihat sesuatu itu tidak sebagaimana hakikat sebenar.
Tanda-tanda Hinopsis:
-Orang melihat benda yang diam seolah-olah bergerak atau sebaliknya.
-Melihat yang kecil menjadi besar atau sebaliknya.
-Seperti melihat tali dan tongkat menjadi ular yang bergerak dan merayap ke arah nabi Musa.
-Seperti kain / api berubah menjadi burung.
4. SIHIR YANG MEMBUAT GILA
Tanda-anda Sihir Gila:
-Binggung dan lupa sesuatu.
-Kacau dalam perbicaraan.
-Mata kuyu (moyok).
-Tidak boleh tenang di satu tempat.
-Tidak boleh tetap melakukan pekerjaan tertentu.
-Tidak mengambil berat tentang penampilan (selekeh).
-Sampai kesatu tahap ia tidak sedar dirinya sedang berjalan dan tidur di tempat-tempat sunyi.
5. SIHIR MEMBUAT ORANG TIDAK BERMAYA
Tanda-Tanda:
-Suka berseorangan / menyendiri.
-Tidak bercakap / pendiam.
-Tidak suka berjumpa orang.
-Fikiran meracau / terganggu.
-Selalu pening.
-Selalu lesu dan tidak bermaya.
-Hilang semangat apabila tiba di tempa kerja.
6. SIHIR MENDENGAR PANGGILAN
Tanda-tandanya:
-Selalu mengalami mimpi ngeri.
-Bermimpi mendengar orang memanggil nama.
-Mendengar suara-suara yang bercakap kepadanya dalam keadaan jaga tidak melihat orangnya.
-Selalu was-was.
-Selalu syak wasangka terhadap teman dan orang-orang yang mencintainya.
-Mimpi seolah-olah jatuh dari tempat tinggi.
-Mimpi melihat haiwan yang mengejarnya.
Bagaimana Sihir Ini Dilakukan?
-Tukang sihir mengirimkan jin yang diberikan tugasnya untuk mengganggu mangsa pada waktu tidur dan jaga, kemudian jin itu menampakkan dalam diri dalam tidur berupa berbagai-bagai haiwan buas yang mengancamnya atau memanggilnya, ketika jaga mangsa mendengar suara seseorang yang dikenalinya atau mangsa mendengar suara-suara aneh.
7. SIHIR MEMBUAT PENYAKIT
Tanda-tandanya:
-Selalu sakit pada salah satu anggota badan.
-Saraf tersumbat.
-Lumpuh salah satu anggota tubuh.
-Tidak berfungsi salah satu pancaindera.
-Lumpuh keseluruhan badan.
Bagaimana Berlakunya Sihir ini?
-Jin akan ditugaskan menetap di otak, benar-benar di tempat yang dikehendaki tukang sihir seperti di pusat pendengaran, penglihatan dan sebagainya. Ketika itu, aggota tubuh mangsa berada di antara 3 keadaan:
-Menghalang isyarat-isyarat / arahan otak sampai kepada anggota tubuh sehingga anggota tubuh tidak berfungsi menyebabkan mangsa menjadi bisu, buta, tuli dan lumpuh.
-Membiarkan tubuh berfungsi dan kadangkala menghalangnya daripada berfungsi.
-Membiarkan otak memberikan isyarat melampau dan cepat anggota tubuh mangsa menjadi kaku dan tidak bergerak walaupun tidak sampai ketahap lumpuh.
8. SIHIR PENDARAHAN
Sihir ini hanya berlaku kepada wanita. Jin itu diberikan tugas untuk mengeluarkan darah, di mana jin akan berjalan bersama-sama aliran darah. Sabda Rasullullah (s.a.w.): "Syaitan berjalan dalam tubuh manusia melalui peredaran darah".
Pengertian Pendarahan
Dikenali oleh ahli feqah sebagai darah istihadah dan dikalangan doktor biasanya disebut pendarahan. Kemungkinan pendarahan ini berlangsung hingga beberapa bulan tidak kira sedikit atau banyak.
9. SIHIR MENAHAN PERNIKAHAN
Tanda-tandanya:
-Pening kepala yang berterusan, sekalipun diberikan ubat oleh doktor.
-Sesak di dada terutamanya selepas asar hingga tengah malam.
-Melihat pelamar bermuka hodoh.
-Banyak berfikir (fikiran melayang)
-Selalu gelisah waktu tidur.
-Selalu rasa sakit di perut.
-Rasa sakit di tulang punggung bahagian bawah.
-Cara berlakunya Sihir ini
-Jin akan ditugaskan melakukan satu di antara dua:
-Masuk ke dalam tubuh wanita menyebabkan dia benci kepada setiap calon suami yang melamarnya.
-Jin menukarkan wajah lelaki yang ingin melamarnya berwajah buruk.
SIHIR PUKAU
TANDA-TANDA TERKENA SIHIR PUKAU:
-Melihat sesuatu tidak sebagai sebenarnya seperti melihat benda kecil menjadi besar atau sebaliknya.
-Melihat wajah yang cantik menjadi buruk atau sebaliknya.
-Menjadi bingung, tidak boleh bercakap dan menuruti permintaan seseorang walaupun tidak dengan kerelaan hati.
-Tidak sedar akan diri sendiri walaupun ditanya sesuatu yang berkaitan tentang dirinya
-Rasa mengantuk yang terlalu luar biasa.
-Rasa begitu tertekan sehingga fikiran menjadi buntu.
-Rasa benci terhadap orang yang patut disayangi seperti suami isteri.
-Rasa kasih yang keterlaluan terhadap seseorang.
-Berjalan menuju ke suatu tempat dalam keadaan tidak sedar atau ketika tidur.
PUKAU BOLEH BERLAKU MELALUI:
-Hembusan asap rokok.
-Tenungan mata.
-Perbualan.
-Minuman
-Handphone (percakapan dan sms).
-Membuang najis dan membuang pakaian buruk di hadapan rumah.
PUNCA SIHIR:
-Masalah perniagaan seperti berkedai, berjaja, kontraktor dan sebagainya.
-Putus pertunangan.
-Masalah pertunangan yang tidak ditunaikan.
-Rebutan pangkat kedudukan dalam masyarakat.
-Rebutan harta pusaka.
-Irihati dengan jiran-jiran sebelah.
-Cemburu, jahat sangka dan seumpamanya.
-Mencuba kehebatan ilmu.
-Mendapatkan keuntungan duniawi.
MELINDUNGI DIRI DARIPADA GANGGUAN DAN SIHIR:
-Sentiasa berzikir dengan zikir yang diwariskan oleh naib s.a.w.
-Menyebut nama Allah dalam setiap pekerjaan.
-Menyebut nama Allah setiap kali masuk ke dalam tempat gelap.
-Jangan menyakiti binatang seperti anjing dan kucing.
-Jangan tidur bersendirian, jika terpaksa berwuduklah dan membaca doa sebelum tidur.
Jangan membuang air kecil ke mana-mana lubang atau takungan air.
-Jangan membunuh ular yang masuk kedalam rumah sesewang-wenangnya.
-Jangan mendedahkan aurat kasar didalam rumah dan jangan selalu bersolek dan berhias kerana timbul rasa ghairah jin jantan terhadap wanita itu.
-Jangan membuang benda berat tanpa menyebut nama Allah.
UNTUK MAKLUMAT LANJUT, LAYARI LAMAN WEB KAMI
ATAU BOLEH HUBUNGI KAMI.
Sinar Zamdurrani (001719718-T)
No. 27-2-1, Jalan 20B/146
Desa Tasik Sg. Besi
57000 Kuala Lumpur
No. H/P : Helmy Nizam (017-6955909/017-6499818)

Isnin, 21 Jun 2010
Sabtu, 19 Jun 2010
DIROGOL ADIK KANDUNG SEHINGGA MENGANDUNG
بسم الله الرØÙ…Ù† الرØÙŠÙ…
KUALA LUMPUR: Baru berusia 14 tahun tetapi selayaknya dia digelar adik setan kerana tergamak merogol kakak kandungnya yang hanya setahun lebih tua.Lebih memilukan, perbuatan jijik sumbang mahram itu bukan hanya menimbulkan perasaan trauma dan tekanan kepada mangsa tetapi pada usia yang masih mentah, dia terpaksa mengusung benih adiknya.
Itu yang berlaku kepada Yanti, berusia 15 tahun, yang kini sarat mengandung dan hanya menanti masa untuk melahirkan anak. Gara-gara perbuatan adik setan itu, Yanti terpaksa berjauhan daripada keluarga, malah meninggalkan alam persekolahan buat seketika. Sepatutnya saya menduduki peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) bulan lalu tetapi terpaksa melupakannya. Saya meninggalkan buat seketika alam persekolahan sehingga anak dikandung ini lahir.
Saya benar-benar tertekan kerana pada usia muda terpaksa berdepan situasi yang tidak sepatutnya saya lalui, kata Yanti ketika ditemui wartawan Metro Ahad baru-baru ini.
Menurut Yanti, tragedi hitam itu berlaku tahun lalu dan ia berulang sehingga empat kali sebelum dia disahkan mengandung.
Tragedi hitam itu berlaku di rumah. Ketika semua ahli keluarga tidur, adik menyusup masuk ke dalam bilik ketika saya tidur.
Adik menekup mulut saya dan mengugut mahu mencederakan saya jika saya buat bising. Selepas itu, bagaikan dirasuk setan, saya dirogol, katanya.
Yanti berkata, walaupun dia kakak, dia tidak mampu melawan, apatah lagi diugut akan dicederakan jika melawan.
Kudrat saya memang tidak mampu melawan kekuatan adik ketika itu. Selepas merogol saya dia sekali lagi mengugut akan mencederakan saya, malah sanggup melakukan lebih daripada itu jika mendedahkan perbuatan terkutuknya kepada sesiapa saja, terutama ayah dan ibu.
Begitulah yang dilakukannya ketika merogol saya. Seingat saya, empat kali dia merogol saya, katanya.
Selepas empat kali dirogol, dia berasa tidak sihat dan lemah hinggalah kelainan pada dirinya disedari ibu bapanya.
Ibu Yanti kemudian membawanya ke klinik dan pemeriksaan lanjut dilakukan mendapati dia mengandung.
Saya menceritakan perkara sebenar kepada ibu. Pulang ke rumah, ayah dan ibu bertanya adik dan dia mengaku. Ketika itu menangis air mata darah sekalipun takkan mengubah apa yang berlaku, katanya.
Yanti berkata, adiknya seperti tiada perasaan kerana seolah-olah tidak rasa bersalah dengan perbuatannya.
Depan ibu dan ayah, dia menunjukkan rasa bersalah dan meminta maaf, tetapi dengan saya, dia buat seolah-olah tiada apa berlaku.
Hubungan saya dengan dia sebelum ini biasa saja, tetapi tidaklah rapat sangat. Mungkin kerana masih terlalu mentah, dia seperti tidak rasa bersalah, katanya.
Menurut Yanti, sukar untuk dia memberitahu punca mengapa adiknya sanggup melakukan perbuatan terkutuk itu.
Pada usia semuda itu, adik memang nakal. Bercampur dengan mat rempit dan kadangkala ponteng sekolah.
Barangkali kerana pengaruh rakan, adik jadi lebih tahu mengenai hal berkaitan seks sehingga dia terdorong untuk mencuba. Namun saya langsung tidak menyangka adik sanggup merogol saya, katanya.
Yanti memberitahu, selepas disahkan hamil, ibu bapa terpaksa menyembunyikannya di rumah seorang saudara mereka sebelum dihantar ke sebuah rumah perlindungan.
Saya akan ada di sini (rumah perlindungan) sehingga bayi yang dikandung lahir. Selepas itu saya akan menyerahkan anak saya kepada keluarga angkat.
Selepas ini saya mahu mulakan hidup baru. Saya mahu bersekolah semula dan belajar seperti rakan seusia yang lain, katanya.
Ditanya adakah dia memaafkan perbuatan adiknya, Yanti berkata: Mulanya memang saya bencikannya, tetapi lama kelamaan saya terima hakikat. Dia bukan orang lain… dia adik saya.
Saya harap dia menyesali perbuatannya. Perkhabaran terkini yang saya dengar daripada ibu dan ayah, adik kini bersekolah di sekolah pondok. Semoga ilmu diperoleh menjadikannya adik yang soleh, katanya - warta365
10 PERKARA YANG ANDA PERLU TAHU SEKIRANYA ANDA DITAHAN POLIS
SEKIRANYA ANDA DITAHAN POLIS
بسم الله الرØÙ…Ù† الرØÙŠÙ…
1. BAGAIMANA MENDEFINASIKAN ISTILAH ‘DITAHAN’? HANYA APABILA …
a. Polis berkata kepada anda, “Anda ditahan”
b. Polis menggari tangan anda
c. Anda dilarang dari meninggalkan sesebuah bilik, kawasan atau sebagainya oleh pihak polis
2. BAGAIMANA SEKIRANYA ANDA DITAHAN OLEH PIHAK POLIS (semasa berjalan, memandu pulang dsb.)
a. Anda mungkin akan disoal. HANYA berikan butir-butiran diri anda seperti nama, nombor kad pengenalan, alamat. Anda juga mungkin akan diminta menunjukkan kad pengenalan diri anda
b. Anda tidak perlu menjawap lain-lain soalan
c. Biasakan bertanya pengenalan diri polis yang berkenaan. Sentiasa catatkan nama dan nombor kad pengenalan mereka.
d. Catatkan nombor kenderaan ronda mereka
3. JIKA ANDA DITANYA LAIN-LAIN SOALAN
a. Tanya kepada polis berkenaan, “Adakah saya ditahan?”
b. Sekiranya mereka berkata “Ya”, jangan menjawap apa-apa lagi soalan yang diajukan kepada anda. Adalah menjadi hak anda untuk menjawap apabila berada di mahkamah sahaja.
c. Sekiranya mereka berkata “Tidak”, anda boleh beredar pada bila-bila masa sahaja.
4. JIKA ANDA DITAHAN
a. Beritahu orang-orang yang berhampiran dengan anda
b. Sekiranya anda mempunyai telefon bimbit, telefon rakan, keluarga atau peguam anda. Sekiranya anda ditahan di kawasan diantara Jalan Tuanku Abdul Rahman dan Dataran Merdeka, besar kemungkinan anda akan dibawa ke balai polis Dang Wangi (Stadium) dan balai polis Campbell. Minta kawan anda, keluarga atau peguam anda pergi ke balai polis Dang Wangi dahulu untuk mengesahkan penangkapan anda dan dimana anda berada.
c. Catatkan / ingatkan waktu anda ditahan
5. KETIKA DITAHAN, PIHAK POLIS MESTI MEMBERITAHU ANDA
a. Mengapa anda ditahan
6. SELEPAS DITAHAN
a. Pihak polis hanya boleh menahan anda didalam lokap selama 24 jam sahaja, tidak kira samada pada hari cuti am atau pada hujung minggu. Ini adalah hak PERLEMBAGAAN anda. Selepas tempoh masa 24 jam berakhir, pihak polis mesti membawa anda ke hadapan majistret untuk direman (dimana anda mesti tinggal di lokap polis bagi ‘membantu’ siasatan mereka). Jika tidak, anda akan dilepaskan samada atas jaminan (jamin mulut) atau akan didakwa di mahkamah. Sebaik sahaja didakwa, anda perlukan penjamin dan wang jaminan kecuali ianya bukan dakwaan yang berjamin
b. Anda tidak boleh membawa sebarangan barang-barang ke lokap kecuali pakaian yang sedang anda pakai ketika itu. Apabila pihak polis mengambil barang-barang anda, anda mesti menurunkan tandatangan untuknya. Sekiranya anda mempunyai wang atau kad bank / kredit, pastikan anda mengira duit anda dan pastikan polis tersebut mencatatkan jumlah yang anda ada, dan apa kad bank / kredit yang anda miliki.
c. Anda mungkin diminta memberi kenyataan 113 (kenyataan peringatan). Pegawai polis yang mengambil kenyataan tersebut mestilah membacakan hak-hak anda
7. SOAL SIASAT POLIS
a. Berhati-hatilah semasa menjawap soalan-soalan yang diajukan oleh pihak polis. Ia mungkin dalam bentuk soalan-soalan mesra yang biasa seperti cuaca, keluarga anda dsb. untuk menenangkan anda. fikir berulang kali sebelum menjawap kerana ia boleh digunakan untuk menentang anda semasa dimahkamah nanti. Ingat, kerja polis ialah memastikan mereka mempunyai cukup bukti untuk mendakwa anda, dan bukannya untuk mempunyai perbualan yang mesra.
b. Sekiranya pihak polis meminta anda memberikan kenyataan 113, anda mesti memberikan butir-butiran anda seperti nama anda, nombor kad pengenalan dsb. dan pastikan anda tahu nama pegawai polis tersebut. Jika terdapat lain-lain soalan, kami BETUL-BETUL nasihatkan anda supaya tidak menjawapnya sehingga hari perbicaraan anda dimahkamah, dan ketika bersama-sama dengan peguam anda. Itu adalah hak anda! Apa sahaja yang anda kata, boleh digunakan untuk menentang anda ataupun rakan-rakan anda. Anda boleh menjawap semua soalan-soalan lain tersebut seperti ini:
S: adakah anda berada di Dataran petang tadi?
J: saya hanya akan menjawap semua soalan di mahkamah
S: bagaimana anda datang ke Dataran petang tadi?

S: adakah ibu anda menyediakan bekalan sebelum anda keluar?

c. Sekiranya pegawai polis yang mengambil kenyataan anda mengancam anda secara percakapan mahupun kelakuan, anda mestilah berhenti dari memberikan kenyataan anda dengan segera. Bertenang dan beritahunya “Saya tidak boleh meneruskan kenyataan saya kerana awak telah mengancam keselamatan saya. Saya mahu ini dicatatkan kedalam kenyataan saya.” Sekiranya pegawai polis itu tidak mencatatkan bantahan anda tersebut, tunggu sehingga ke akhir kenyataan anda. Tetapi sekiranya pegawai polis tersebut masih terus mengancam anda, tinggalkan bilik tersebut dan beritahu pegawai polis yang lain dan minta ‘perlindungan’ mereka.
d. Apabila anda telah habis menjawap soalan, pegawai polis akan membenarkan anda membaca kenyataan anda tersebut. Dia akan bertanya samada anda mempunyai apa-apa yang ingin ditambah, ditukar atau dipadamkan. Inilah masanya anda membetulkan apa-apa kesilapan atau atau menambah lain-lain komen didalam kenyataan itu. Contohnya, jika anda telah diancam sewaktu soal siasat atau diserang semasa penahanan anda dsb. ini adalah satu lagi peluang untuk anda menyatakannya. Pegawai polis berkenaan mesti menaip semua itu. Anda akan diminta untuk menandatangani kenyataan anda tersebut. Baca semula dengan teliti dan tandatangan sedekat yang boleh dibawah perenggan yang terakhir, supaya tiada siapa yang boleh menokoktambahnya lagi.
8. SEKIRANYA ANDA DIBAWA KE DEPAN MAJISTRET (Untuk Direman)
a. Sekiranya anda tidak mempunyai peguam, anda mesti meminta wakil peguam. Pusat Bantuan Guaman ada menempatkan peguam-peguamnya dimahkamah bagi tujuan ini.
b. Beritahu majistret sekiranya anda ada mempunyai apa-apa rungutan seperti sekiranya anda di pukul, diancam; sekiranya anda sakit, perlukan rawatan perubatan dsb.
9. SEKIRANYA ANDA DIBAWA KE DEPAN MAJISTRET (Untuk Dakwaan)
a. Sekali lagi, anda mesti meminta wakil peguam
b. Pastikan anda mempunyai seseorang untuk menjamin anda keluar. Sekiranya anda tidak dapat menghubungi keluarga atau rakan anda, minta kebenaran dari majistret untuk membantu anda menghubungi keluarga anda. Jika tidak, anda boleh meminta bantuan peguam anda. Keluarga anda akan perlu membawa duit untuk menjamin anda keluar, yang mana mestilah dalam bentuk pembukaan akaun di bank yang terletak paling dekat dengan mahkamah tersebut. Tanya peguam anda atau majistret dimanakah letaknya bank tersebut. Tidak ada bentuk bayaran lain seperti bayaran tunai atau cek yang akan diterima oleh mahkamah.
10. SEKIRANYA ANDA DIPUKUL SEMASA DALAM TAHANAN
a. Selepas anda dibebaskan atas jaminan, pastikan anda pergi ke mana-mana klinik kerajaan atau hospital untuk menjalani pemeriksaan kesihatan. Pastikan anda tahu nama doktor yang bertugas dan nombor rujukan laporan kesihatan anda supaya ia boleh digunakan dimahkamah kemudian.
b. Sekiranya anda masih dalam reman, pastikan anda memberitahu majistret yang berkenaan bahawa anda perlu pergi ke hospital atau ke klinik.
Oleh SUARAM.

Jumaat, 18 Jun 2010
lawak saiful apek vs lawak saiful liwat
Friday, June 18, 2010 "lawak saiful apek vs lawak saiful liwat"
Saiful Apek Dibebaskan Dengan Jaminan Polis ....dan saiful liwat di bawah kawalan polis...
lawak saiful apek dengan ganja kena lokap dapat jaminan polis ...cukup bukti ke dalam lokap lah ia...atau pak polisi dan pihak mahkamah kanggaroo yang juga peminat lawak si saiful nie akan membebaskan dengan alasan tak cukup bukti....mana tau kan.....melawak la katakan ...si saiful boleh melawak tak kan mahkamah kanggaroo tak biase pulak buat lawak dari video korek korek zaman mahafiraun sampai lawak liwat 2 zaman najis altantuya
PETALING JAYA: Pelakon komedi terkenal, Mohd Saifulazam Mohammad Yusoff, 41, atau lebih dikenali sebagai Saiful Apek (gambar) bersama lima rakannya yang direman kerana disyaki memiliki 40 gram ganja akan dibebaskan dengan ikat jamin polis.
Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Zainal Rashid Abu Bakar ketika dihubungi mStar Online berkata, siasatan terhadap kes tersebut akan tetap diteruskan.
Sehubungan itu, katanya, polis akan membuat keputusan kemudian sama ada akan mendakwa Saiful Apek dan rakan-rakannya ataupun tidak.
“Pihak polis akan membuat keputusan selepas siasatan selesai sama ada mahu mendakwa mereka atau tidak," katanya.
Semalam, tempoh reman Saiful Apek bersama lima rakannya selama empat hari dilanjutkan sehari lagi sehingga hari ini.
Majistret Aishah Hijriah Arshad membenarkan tempoh reman terhadap semua suspek dilanjutkan.
Ia bagi membolehkan pihak polis menjalankan siasatan di bawah Seksyen 39A(1) serta Seksyen 6 Akta Dadah Berbahaya 1952 atas sebab pemilikan dadah manakala Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 atas sebab penggunaan dadah.
Pada 12 Jun lalu, Saiful dan lima rakannya yang lain ditahan polis dalam satu serbuan di apartmennya di Jalan PJS7 Subang Jaya dekat sini kira-kira pukul 10 malam ketika sedang menyaksikan perlawanan bolasepak Piala Dunia di antara Argentina dan Nigeria.
Apek terkenal dengan lakonannya dalam filem seperti Senario Lagi (2000), Senario The Movie (1999), Nana Tanjung 2 (2007) dan Cicak Man (2006).
Dia juga seringkali muncul bersama kumpulan lawak Senario dalam siri komedi Senario di TV3.
Sementara itu Mohd Fadly Hashim yang merupakan peguam kepada Saiful Apek ketika ditemui di Ibu Pejabat Polis Daerah Subang Jaya berkata polis sepatutunya membuat pendakwaan hari ini.
Bagaimanapun katanya, pihak polis mendapat arahan untuk melepaskan mereka dengan jaminan polis sementara menunggu siasatan dijalankan.
"Mungkin arahan itu daripada pihak pendakwaanlah. Tentang berapa lama dan syarat-syarat jaminan, belum boleh didedahkan lagi kerana mereka masih belum dibebaskan (sedang dalam proses)," katanya yang ditemui kira-kira pukul 3 petang ini.
Mohd. Fadly memberitahu, semua dokumen ikat jamin telah ditandatangani dan sedang diproses.
Proses ikat jamin tergendala sementara waktu ekoran gangguan bekalan elektrik di kawasan itu.
Ditanya bagaimana perasaan ahli keluarga anak guamnya, kata Mohd. Fadly, mereka gembira tetapi akur ia masih dalam siasatan polis.
"Semuanya gembira, tetapi siasatan masih berjalan. Pendakwaan masih boleh dijalankan bergantung kepada siasatan polis," jelasnya.
lawak saiful liwat.....ha ha ha ...jantan muda nie lembik sangat ke....sampai boleh kena rogol dengan DSAI yang dah tua dan tak bertenaga...tak kan tak boleh bagi penyepak orang muda kat DSAI kalau betul betul berlaku....gerenti tumbang punya....
dah lah tu ...simpan kesan kena liwat 2 hari sampai menahan berak....perggg...silap haribulan dia ni kena buasir ...tak sembahyang lansung...kunun najis di juboqnya nak jadikan bahan bukti....las las sembahyang jumaat dalam keadaan berjuboq....apa punya lawak dan bengap la si sotong nie....mengaku ajer islam tapi jahil nak mampus...
selanjutnya lawak si saiful liwat di sini
Misteri Saiful Liwat Ternoda, Kenapa Polis Begitu Mudah Terima Kenyataan Mulutnya Tanpa Rujuk Kepada Laporan Perubatan Hospital Yang Sah
Sungguh mengejutkan bila pihak polis menerima laporan "mulut" anak muda yang bernama Saiful Bukhari Azlan kononnya beliau diliwat oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim tanpa merujuk kepada Laporan Perubatan Hospital Pusrawi dan juga tiga doktoro pakar Hospital Kuala Lumpur (HKL). Inilah yang memusykilkan kita sebenarnya. Bayangkan, Saiful pergi sendiri ke hospital untuk memastikan dia disahkan "menjadi mangsa liwat" sedangkan kerja itu sepatutnya dilakukan oleh pihak polis selepas mana-mana laporan kes seperti ini dilaporkan kepada mereka. Jika benar pun Saiful mengatakan dirinya diliwat, kenapa kesemua laporan perubatan tersebut mengatakan dia "tidak diliwat". Kenyataan siapakah yang boleh diterima pakai, Saiful Bukhari Azlan seorang anak muda yang gagal menamatkan pengajiannya di universiti atau pakar perubatan yang sudah mempunyai pengalaman yang luas dalam kes-kes seperti itu.
Maka, jika kita amati betul-betul senario yang berlaku dalam mana-mana kes liwat, rogol, cabul atau jenayah seksual yang lain sebelum ini. Seseorang mangsa biasanya akan dibawa ke Balai Polis untuk membuat laporan. Biasanya mangsa tidak dapat berkata apa akibat malu dan trauma atas kejadian yang menimpa dirinya. Lantaran itulah, dalam banyak kes mangsa akan diiringi oleh orang yang dekat dengannya sama ada ibubapa, adik beradik, saudara mara dan sebagainya. Pihak polis pula akan menerima laporan berkenaan, dan sebelum mengesahkan dan membuat tangkapan mana-mana suspek biasanya mangsa akan dihantar untuk mendapatkan rawatan dan pemeriksaan doktor di mana-mana hospital yang berdekatan. Selepas dapat laporan perubatan doktor terbabit, barulah kes berkenaan akan disahkan dan operasi tangkapan ke atas suspek akan dilakukan. Mana mungkin polis boleh menerima kenyataan mulut tanpa merujuk kepada laporan perubatan klinikal yang sah dari mana-mana pakar perubatan hospital.....
Isnin, 7 Jun 2010
JIHAD KAUM WANITA
Jihad Kaum Wanita
Hadith:
Daripada Aishah r.a. katanya, aku berkata, “Ya Rasulullah, kita mengetahui bahawa jihad adalah sebaik-baik amalan. Oleh itu apakah kami kaum wanita tidak boleh ikut berjihad?” Baginda terus menjawab: “Bagi kamu semua (kaum wanita) jihad yang paling baik ialah mengerjakan haji dan mendapatkan haji mabrur.” (al-Bukhari)
Huraian :
Haji juga disebut oleh Rasulullah SAW sebagai ibadah yang darjatnya sama dengan jihad fi sabilillah, kerana apabila seseorang itu mati sewaktu menunaikan ibadah haji, matinya itu tergolong seperti mati syahid.
Rasulullah SAW bersabda: "Jihad orang yang tua, lemah dan wanita ialah menunaikan haji" (an-Nasa'i). Oleh itu setiap muslim harus menunaikan ibadah haji dengan sebaik-baiknya sebagaimana ibadah-ibadah lainnya iaitu ia mestilah disertai dengan hati yang ikhlas kerana Allah dan dalam rangka memperoleh keredhaan-Nya.
Apabila keikhlasan sudah tertanam di dalam jiwa, meskipun pelaksanaannya kelihatan begitu berat dan memerlukan pengorbanan harta, tenaga, waktu, perasaan bahkan nyawa, seseorang muslim akan dengan sendirinya terasa ringan untuk melakukannya.
Sebaliknya, tanpa keikhlasan, bukan sahaja ibadah yang berat seperti tawaf yang memerlukan manusia bersesak-sesak, wuquf di dalam cuaca panas terik, melontar yang bakal dihujani pelbagai risiko dan sebagainya, malah ibadah yang ringan pun akan terasa berat untuk dilaksanakannya jika hati tidak disertai keikhlasan. Itulah sebabnya mengapa haji termasuk dalam konteks jihad dalam beribadah.
Sumber: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia

Jumaat, 4 Jun 2010
Orang Melayu bukan mati kerana tak dak duit tapi mati kerana tak makan
Masih dok teringat cerita 9 tahun lagi katanya Malaysia diramal akan jadi negara muflis dan bankrup kalau lah subsidi untuk rakyat tak dihapuskan sedikit demi sedikit. Aku tak tau lah ramalan tersebut hanya sekadar untuk buat rakyat 'halalkan' jika subsidi dihapuskan.
Tadi dok sembang dengan orang tua aku dulu dia kerja kilang beras di Kedah selama 18 tahun. Masa tu Lembaga Padi Negara (LPN) ,Bernas tak wujud lagi. Tahun 80-an kilang beras Melayu di Kedah boleh dikatakan ada disegenap tempat. Sekarang nak cari sebiji kilang Melayu yang 100% nama Melayu dah tak dak lagi nak buat ubat pun payah! Yang banyak kilang beras bukan Melayu.
LPN yang dah jadi Bernas diswastakan yang kenyang sapa? Bernas joint dengan bukan Melayu lama-lama Bernas pun jadi 'macaai' saja . Masa zaman LPN dulu berlori-lori orang kampung hantar padi ke LPN sekarang dah jadi Bernas semua kilang beras Melayu dah mampoih .Kilang Bernas pun hidup segan mati tak mau. Semua padi sekarang dihantar ke kilang bukan Melayu macam-macam insentif tauke kilang bagi. Mula daripada drebar lori hingga ke atas. Daripada bawah meja sampai ke atas meja.
Kata ayah aku, taukeh kilang beras melayu tempat dia cari rezki dulu, dia pun dah mati dah, "satu hari hang akan tengok orang Melayu bukan mati kerana tak dak duit tapi mati kerana tak makan!" Aku tanya ayah aku , "awat taukeh kilang tu kata lagu tu?" Jawab ayah aku, "maksud taukeh kilang tu ialah bila taukeh -taukeh kilang yang bukan Melayu tu stop tak jual beras seminggu saja kita yang ada duit nak beli beras di mana?
Hapus subsidi untuk rakyat dengan tujuan tak mau bagi negara bangkrup tapi rakyat yang rata-ratanya masih miskin dan cukup makan hanya mengundang sengsara buat rakyat. Yang kenyang dan tak miskin-miskin taukeh-taukeh judi, bapa rasuah dan segala jenis lintah darat yang memeras keringat rakyat tanpa mengira bangsa dan agama.
Nak selamat daripada negara bangkrup rakyat jadi mangsa,Nak hapus subsidi tapi cukai yang dikenakan ke atas rakyat tak dihapuskan. Makan menatang apa pun kena cukai. Servis kereta kena cukai, makan kfc kena cukai, beli barang pasaraya kena cukai, semua rakyat tanggung pemimpin hanya pandai cari jalan nak selamatkan negara daripada bangkrup rakyat mampoih pi la! Petronas untuk berbilion tapi duit tak tau pi mana. Lagi bodoh pikiran rakyat pemimpin Umno lagi seronok sebab sampai tua depa boleh perkuda kita.

DR HKL TIADA TUSUKAN TAPI PERCAYA ADA LIWAT
Thursday, June 3, 2010

Danger betul ayat Dr.Razali HKL ni yang periksa dulu kata tiada liwat sekarang percaya ada liwat sebab ada air mani kat rectum sayfool...pakai kapaslah tu gamaknya....wa takut Dr ni pun dah diovertuningkan...wa tak mau cakap lebih-lebih beb nanti wa dituduh contempt of court....kita tunggu karpal soal dia pulak besok...huii....suspen....suspen....be cool DSAI...Mahkamah Tinggi hari ini diberitahu, tidak ada sebarang tanda atau kecederaan pada dubur Saiful Bukhari Azlan untuk membuktikan ia diliwat ketika ia diperiksa oleh sekumpulan doktor Hospital Kuala Lumpur.
Namun begitu, Dr Razali dari HKL dalam keterangannya berkata, oleh kerana ada air mani pada rectum Saiful, maka beliau membuat kesimpulan liwat telah berlaku.
Ini kerana, liwat tetap boleh berlaku tanpa sebarang kecederaan, kata beliau ketika memberikan keterangan dalam perbicaraan pertuduhan liwat terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini.-wrlr coveritlive
Posted by TOKEYAI at 12:54 PM
Labels: liwat 2
0 comments:
Post a Comment
Links to this post
Create a Link
Newer Post Older Post Home
Subscribe to: Post Comments (Atom)
Khamis, 3 Jun 2010
BERITA BAIK BAGI UNTUK UMAT ISLAM MALAYSIA?
Thursday, June 3, 2010
BERITA BAIK BAGI UNTUK UMAT ISLAM MALAYSIA?
بسم الله الرØÙ…Ù† الرØÙŠÙ…
Tokoh Islam setuju penubuhan Baby Hatch...Wahai Ulama, Selamatkan Umat Ini Daripada Kemurkaan Allah!!!
KUALA LUMPUR: Tokoh Islam dalam negara bersetuju dengan penubuhan Baby Hatch atau Pusat Jagaan Bayi Tidak Diingini yang pertama di Malaysia, yang boleh menyelamatkan bayi yang tidak diingini.
Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria, berkata bayi yang tidak lagi diingini mesti diselamatkan, manakala ibu bapa bayi berkenaan harus dikenakan tindakan yang keras supaya memberi pengajaran kepada orang lain.
“Saya menyokong langkah Kementerian Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat serta Baby Hatch dalam isu ini kerana bayi berkenaan tidak berdosa.
“Dulu kita tidak bersetuju dengan idea seperti ini kerana takut menghantar mesej yang salah kepada orang ramai terutama remaja, tapi pada masa sekarang kita sangat perlukan tempat sebegini untuk bayi yang tidak berdosa,” katanya kepada Berita Harian, semalam.
Kelmarin, Penaung OrphanCARE yang juga Sultanah Pahang, Sultanah Kalsom melancarkan Pusat Perlindungan Bayi Tidak Diingini atau Baby Hatch pertama dalam negara.
Presiden OrphanCARE, Datuk Adnan Mohd Tahir, berkata organisasi itu bercadang mewujudkan banyak lagi pusat perlindungan bayi di seluruh negara bagi menyediakan tempat untuk bayi yang dibuang atau tidak diingini lagi. Baby Hatch yang beroperasi 24 jam menyediakan tempat perlindungan sihat dan selamat kepada bayi terbabit sebelum diserahkan kepada keluarga angkat.
Bekas Pegawai Agama Istana Negara, Datuk Abu Hassan Din Al-Hafiz pula berkata, usaha mewujudkan Baby Hatch adalah baik kerana ia menjadi tempat perlindungan bayi yang tidak bersalah serta boleh menjamin masa depan bayi itu.
“Kalau kita pandang dari segi satu sudut memang menggalakkan zina tapi kita tak boleh biarkan bayi yang dilahirkan dibuang dan meninggal begitu saja. Malahan bayi berkenaan boleh diberikan kepada pasangan suami isteri yang mahukan anak dan Islam menganjurkannya,” katanya.
Penasihat Majlis Agama Negeri Johor, Datuk Noh Gadut, berkata gejala buang bayi pada masa kini sudah semakin teruk dan kerajaan serta pertubuhan bukan kerajaan wajar mengambil tanggungjawab menyelesaikan perkara berkenaan.
“Anak-anak kecil ini tidak berdosa dan wajib kita sediakan perlindungan kepada mereka, mana tahu mereka ini membesar menjadi anak yang soleh dan menjadi pejuang negara pada masa depan.
“Yang bersalah adalah ibu bapa anak kecil itu. Masyarakat harus bersama mencegah penyakit sosial ini termasuk melaksanakan undang-undang cegah zina yang ketat,” katanya.
Beliau turut menyarankan masyarakat supaya berfikiran terbuka dalam menyelesaikan masalah buang bayi serta bertanggungjawab mencegah perbuatan zina di kalangan remaja seperti yang disyorkan oleh Islam.
Sumber: Berita Harian Online 31/05/2010
Wahai Ulama, Selamatkan Umat Ini Daripada Kemurkaan Allah!!
Wajah-wajah comel si manja ini sering memberi keceriaan. Justeru, apabila banyak yang dibuang, fenomena ini amat menghiris perasaan. Pelbagai mekanisme disarankan untuk mengatasi gejala yang belum nampak surutnya. Kali ini, golongan ulama’ Islam telah menunjukkan taringnya....Setuju dengan penyelesaian “baby hatch” yang telah dilaksanakan di Barat. Inilah ‘fatwa’ yang telah mereka sepakati dalam menyelesaikan permasalahan kehidupan umat Islam masa kini. Undang-undang Islam dikatakan HARUS untuk dilaksanakan dalam usaha mencegah dosa zina. Padahal, hukum Islam itu WAJIB dilaksanakan oleh umat Islam yang mengaku dirinya beriman kerana Allah Subhanahu wa Taala telah menegaskan bahawa:
"Dan tidak patut bagi laki-laki dan perempuan yang Muslim dan tidak (pula) bagi laki-laki dan perempuan yang mu’min, apabila Allah dan Rasulnya telah menetapkan suatu ketetapan akan ada bagi mereka pilihan (yang lain) tentang urusan mereka. Dan barangsiapa yang mendurhakai Allah dan RasulNya maka sesungguhnya dia telah berbuat kesesatan yang nyata". [TMQ Al-Ahzab :36]
Undang-undang seperti mana lagi yang difikirkan 'ketat' untuk mencegah zina selain hukum syara’ iaitu Khithab as-Syar'i (seruan Allah sebagai pembuat hukum.) Islam telah menetapkan agar penzina dihukum rejam (bagi yang sudah berkahwin) ataupun sebat sebanyak 100 kali (bagi yang belum berkahwin). Firman Allah Subhanahu wa Taala:
"Perempuan yang berzina dan laki-laki yang berzina, maka sebatlah tiap-tiap seorang dari keduanya seratus kali sebatan, dan janganlah belas kasihan kepada keduanya mencegah kamu untuk (menjalankan) agama Allah, jika kamu beriman kepada Allah, dan hari akhirat, dan hendaklah (pelaksanaan) hukuman mereka disaksikan oleh sekumpulan dari orang-orang yang beriman." [TMQ An-Nur (24): 2]
Hukum Islam yang lengkap telah jelas termaktub dalam Kitabulllah dan ditunjukkan melalui Sunnah Rasulullah Sallallahu alaihi wasallam. Tanggungjwab orang Islam hanyalah untuk melaksanakannya sahaja. Allah s.w.t berfiman:
“Dan aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan supaya mereka mengabdi (beribadah) kepada-Ku”. [TMQ. adz-Dzariyat (51): 56]
Berkaitan dengan perbuatan zina, terdapat beberapa hukum syarak yang fungsinya bersifat mencegah dan menebus. Suruhan menutup aurat, menjaga pandangan mata, larangan bergaul bebas disyariatkan untuk mencegah daripada berlakunya dosa besar itu. Islam juga memperuntukan hukuman bagi pelaku zina yang mana dapat menebus dosa zinanya dan sekaligus melepaskannya daripada balasan azab di akhirat kelak. Walaubagaimanapun, taklif untuk menguatkuasakan hukum syarak dalam kehidupan umat Islam dan melaksanakan hukum hudud ini terbeban pada negara. Negaralah yang WAJIB melaksanakan kewajipannya untuk menjalankan hukum hudud dengan menyebat atau merejam penzina-penzina ini. Siapa lagi yang tidak akan gentar dengan hukuman ini?
Persoalan pokok yang seolah-olah tidak nampak jalan penyelesaiannya adalah apabila tokoh atau ulama’ Islam sendiri tidak mahu mengambil Islam sebagai penyelesaian yang Kaffah(menyeluruh). Mereka secara terang-terangan telah mengatakan bahawa dengan wujudnya baby hatch ini, dari satu sudut memang menggalakkan zina. Namun, mereka masih bersetuju dengan penyelesaian ini yang kononnya atas rasa belas kasihan pada bayi-bayi yang tidak bersalah itu. Sepatutnya mereka perlu rasa kasihan pada diri mereka sendiri kerana sesungguhnya merekalah orang yang zalim kerana tidak mengambil Islam sebagai cara hidup secara keseluruhan.
"Dan siapakah yang lebih zalim daripada orang yang mengada-adakan dusta terhadap Allah sedang dia diajak kepada Islam? Dan Allah tidak memberi petunjuk kepada orang-orang zalim." [TMQ Ash-Shaff (61):7]
“...dan barangsiapa yang tidak berhukum dengan apa yang diturunkan Allah, maka mereka itu adalah orang-orang yang kafir/ zalim/fasik” [TMQ al-Ma’idah (5):44/45/47].
Wahai para ulama!!
Hentikanlah angan-angan dan lupakanlah cita-cita kalian ini. Sedarlah bahawa sistem jahiliyyah hanya mampu melahirkan masyarakat jahiliyyah. Masa depan anak-anak zina ini tidak akan terjamin dengan sistem kehidupan yang rosak. Malah, lebih banyak lagi masalah yang akan timbul seperti persoalan nasab, pendidikan dan kebajikan mereka. Selagi akar Sekular tidak dicabut dan akar Islam Kaffah ditanam, cabang-cabang sosial yang rosak tidak akan berhenti daripada tumbuh dan membuatkan seluruh anggota masyarat merasai azab apabila membelakangi amaran Allah.
" Dan barangsiapa berpaling dari peringatan-Ku, maka sesungguhnya baginya penghidupan yang sempit, dan Kami akan menghimpunkannya pada hari kiamat dalam keadaan buta". [TMQ Taha (20): 124].
Wallahua'lam
Lovesygsyg's

4 pelajar sekolah lahir anak luar nikah
Khamis, Jun 03, 2010
4 pelajar sekolah lahir anak luar nikah
2010/06/03
KUALA TERENGGANU: Mengejutkan apabila empat pelajar perempuan sebuah sekolah menengah di daerah ini melahirkan anak luar nikah hasil hubungan dengan teman lelaki masing-masing sejak pertengahan tahun lalu.
Difahamkan pelajar perempuan berkenaan yang terjebak dengan gejala sosial belajar di tingkatan tiga dan enam melahirkan anak di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) sejak April tahun lalu. Dalam kes terbaru, seorang pelajar tingkatan tiga pula melahirkan seorang bayi lelaki di HSNZ, Ahad lalu. Harian Metro difahamkan 16 lagi pelajar perempuan sekolah itu kini disahkan mengandung anak luar nikah hasil hubungan dengan teman lelaki termasuk rakan sekelas mereka.
Lantaran kes memalukan itu, ramai pihak termasuk ibu bapa pelajar terbabit dikatakan cuba menyembunyikan kelahiran berkenaan tetapi ia bocor apabila seorang pelajar mendedahkannya kepada Ahli Jawatankuasa Persatuan Ibu bapa dan Guru (PIBG) sekolah itu, baru-baru ini.
Berikutan itu, PIBG mengadakan mesyuarat tergempar malam kelmarin bagi membincang masalah itu tetapi pengetua sekolah berkenaan tidak hadir dalam mesyuarat itu.
Seorang ahli jawatankuasa PIBG sekolah terbabit yang enggan namanya disiarkan berkata pihak sekolah hanya mengetahui perkara itu selepas seorang pelajar melahirkan anaknya, baru-baru ini.
Katanya, dalam usaha menyembunyikan kejadian memalukan itu, seorang daripada pelajar terbabit sanggup membuat permohonan bertukar ke sebuah sekolah menengah di Setiu selepas mengetahui dia mengandung enam bulan. Bagaimanapun, katanya usaha pelajar itu berpindah sekolah tidak berhasil kerana bapa saudaranya yang tinggal di daerah berkenaan enggan menerimanya tinggal bersama kerana mengetahui dia mengandung anak luar nikah. “Pelajar berkenaan tiada pilihan dan melahirkan seorang anak lelaki pada 26 April lalu. Tidak tahan menanggung malu, pelajar berkenaan kini bertukar ke sebuah sekolah lain di daerah ini dan akan mengambil peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) September ini,” katanya.
Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Pelajaran, Pengajian Tinggi, Sains Teknologi dan Sumber Manusia negeri, Ahmad Razif Abd Rahman, berkata beliau sudah dimaklumkan mengenai perkara itu dan meminta pegawai Jabatan Pelajaran Negeri Terengganu (JPNT) membuat siasatan lanjut. “Setakat ini kita sudah dimaklumkan bahawa empat pelajar sekolah itu sudah melahirkan anak,” katanya sambil menambah pihaknya kesal dan terkejut dengan perkembangan berkenaan.

Langgan:
Ulasan (Atom)